My beloved Happy Family

Sunday, July 5, 2009

Domain & Hosting


Hi,

Awal-awal umie dah bagi tahu tentang pay pal.

Tapi Umie lupa nak bagi tahu mcm mana nak buka kedai di internet.

Disini Umie terangkan melalui apa yang Umie faham apa itu doamin dan hosting.

Ada kengkawan Umie bertanya mcm mana Umie boleh ada kedai kat internet?

Ada juga yang bertanya perlukah kedai online jika telah ada kedai fizikal?

Apa yang perlu buat jika nak buka kedai di Internet?

Mahal atau tidak hendak membuka kedai di Internet?

Apa yang boleh Umie jawab cuma kos untuk membuka kedai di internet adalah sangat-sangat murah berbanding membuka kedai fizikal.

Ini kerana anda hanya perlu mendaftar domain dan hosting.

Umie menggunakan doamin dan hosting dari sumber yang sama.

iaitu Internet webhosting.

Jika hendak mengetahui harga dan sebagainya sila klik banner dibawah. Jika hendak membaca teruskan...


Apa itu domain?

Domain merupakan alamat kedai anda.
Contohnya http://kedairahimah.com merupakan alamat kedai Umie di internet.

Domain yang ditawarkan oleh Internet Webhosting cuma RM 40.

Apa itu hosting?

Hosting pula merupakan tempat penyimpanan fail-fail laman web anda.

Satu hosting boleh mempunyai banyak domain.

Hosting yang ditawarkan oleh Internet Webhosting cuma RM 80.

Yang mana lebih mahal? Kedai di alam fizikal atau maya.

Anda hanya perlu RM 120. untuk menyewa sebuah kedai.

Mahal atau murah? anda tentukan.

Mula-mula register dahulu Hosting dan domain anda.


Perlukah kedai online jika telah mempunyai kedai fizikal?

Kalau tanya pendapat saya, sudah tentu perlu dan kedai online sangat berguna untuk memperkenal kedai anda ke serata dunia.

Dan ia juga boleh menjadi landasan promosi kedai anda.

Dengan kedai online anda dapat menceritakan segala maklumat perniagaan anda kepada pelanggan.

Kadangkala pelanggan rasa malu hendak masuk atau bertanya anda dikedai fizikal anda.
Di kedai alam maya Pelanggan tak perlu segan untuk masuk ke kedai online anda. Mereka boleh dapat maklumat anda tanpa perlu bersusah payah ke kedai anda.

Dan promosi sebegini lebih murah dan cepat.

Sekian dahulu daripada Umie.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment