My beloved happy family

Tuesday, December 20, 2011

Doa solat dhuha

Pagi ni hati dok menyanyikan lagu doa solat dhuha...


اَللَّهُمَ إنَّ الضُّحَى ضُحَاكَ
وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ
وَالقُوَّةَ قَوَّتُكَ
وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ
اَللَّهُمَ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي السَّمَاءِ فَأَنزِلْهُ
وَإِن كَانَ فِي الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَإِنْ كَانَ مُعَسَّراً فَيَسِّرْهُ
وَإِنْ كَانَ بَعِيْداً فَقَرِّبْهُ
وَإِنْ كَانَ قَلِيلاً فَكَثِّرْهُ وَبَارِكْهُ
بِحَقِّ ضُحَاكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَعِصْمَتِكَ
آتِنِي مَا آتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
(maksud dr IKIMFM)“Ya Allah,
sesungguhnya waktu Dhuha, itu DhuhaMu,
kecantikannya kecantikanMu,
keindahannya keindahanMu,
kekuatannya kekuatanMu, .
kekuasaannya kekuasaanMu
perlindungannya perlindungan Mu.

Ya Allah
jika rezeki masih di langit, turunkanlah,
jika di bumi, keluarkanlah,
jika sukar permudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika jauh dekatkanlah,
berkat waktu Dhuha,
Kecantikan Mu, Keindahan Mu,
Kekuatan Mu Kekuasaan Mu,
limpahkan kepada ku segala yang engkau telah limpahkan kepada hamba2mu yang soleh.”

Thursday, January 7, 2010

(Kerongsang/Brooch) Mutiara

Kesemua Kerongsang Mutiara ini berharga RM 45.00 sahaja.
Kos pos bergantung kepada bilangan Kerongsang yang dibeli.

Jika berminat boleh emailkan ke razin_soleh@yahoo.com atau ym saya razin_soleh@yahoo.com









Yang dibawah ini pula hanya RM 15



Atau anda ada design sendiri boleh email kepada saya wokey :)

Mutiara dan Kristal dari Sabah

Sekian lama Imah menyepi dari menulis di blog ini. Kini Kedai Rahimah.Com melangkah lagi setapak (Alhamdulillah). Kini Imah dah jumpa pemborong untuk menjual mutiara dan kristal dari sabah. Jika berminat nak membeli atau memborong boleh lah email atau ym dengan imah yer...

Tunggu...Nantikan...Imah update gambar-gambar mutiara dan kristal dari Sabah.



Monday, November 16, 2009

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan




Anda tercari-cari jawapan kepada
"Bagaimana hendak jadi kaya?"



Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan
8 Mentor Jutawan Malaysia!


Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Wednesday, August 5, 2009

"NAK JUAL APA?" Nak jual apa, mengapa & bagaimana!

Salam,

Dah lama imah tak menulis blog nie... Sekarang nie tengah mabuk-mabuk dan muntah-muntah yang agak teruk...

Alhamdulillah... Dah masuk 6 minggu 3 hari ni usia kandungan.

"Ya Allah ku mohon agar berikan ku kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang penuh dugaan ini. Ko kuatkan diri ku agar berjaya menjaga kandungan ini. "

Hopefully tak gugur lagi mcm bulan April ari tu... baru 7 minggu dalam kandungan baby dah pergi meninggal Imah. Tapi Alhamdulillah 2 bulan selepas itu Imah mengandung kembali.

Eh dah lari daripada tajuk diatas. Imah nak ajak kengkawan semua pergi ke taklimat Dr Irfan dan Dr Azman.

Tajuk kali ini "NAK JUAL APA?" Nak jual apa, mengapa & bagaimana!

SEMINAR "Nak Jual Apa?" akan kongsikan motivasi, kaedah dan juga strategi produk dan perkhidmatan apa yang TERBAIK untuk dijadikan perniagaan anda.

Terlalu banyak perniagaan mengalami kegagalan dalam tahun pertama sahaja oleh kerana kesilapan awal, iaitu memilih produk dan perkhidmatan yang salah untuk dijual.

Salah satu strategi yang akan didedahkan adalah, bagaimana mengetahui sama ada perniagaan yang bakal anda lakukan, sedia mempunyai pelanggan dan permintaan yang tinggi!

Bukan sahaja membincangkan hendak jual APA, tetapi juga persoalan yang sama penting iaitu MENGAPA & BAGAIMANA.

Seminar ini juga akan membantu bakal usahawan yang ingin memulakan perniagaan, tetapi tidak tahu hendak memulakan perniagaan apa.

Unutk maklumat lanjut sila layari


http://www.irfankhairi.com/mentor/nakjualapa/



Speaker: Irfan Khairi & Dato Dr Azman Ching
Tarikh: Khamis, 6hb Ogos 2009
Waktu: 8.00mlm - 11.00mlm
Tempat: Cititel Hotel, Midvalley
Masuk: RM10.00



Cepat! tempat adalah terhad.

Tuesday, July 21, 2009

Malam Graduasi batch pertama Peoplepreneur Business School

Salam,

Esok adalah Malam graduasi Batch pertama Peoplepreneur Business School.

Disamping itu akan diadakan Seminar percuma oleh Dr Irfan Khairi dan Dr Azman Cheng. Mereka merupakan diantara para jutawan di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah antara seminar PERCUMA sebegini terakhir yang akan dikendalikan.

Imah amat berbesar hati dengan menjemput anda yang tidak dapat hadir pada sesi yang lepas untuk bersama-sama menyertainya pada kali ini.


Tarikh: Khamis 23 Julai 2009
Tempat: Tingkat 5 Cititel Hotel, Midvalley
Waktu: 8.00 mlm - 11.00 mlm
Masuk: PERCUMA



Anda akan pelajari:


Strategi dari ZERO menjadi JUTAWAN
Perkara penting sebelum memulakan apa sahaja perniagaan untuk menjaminkan KEJAYAAN
Strategi MEMBINA JENAMA perniagaan anda supaya anda dapat MEMUSNAHKAN PESAINGAN!
Bagaimana menggunakan Internet untuk MENGGANDA 2x keuntungan apa jua jenis perniagaan!
Eksklusif malam graduasi kepada batch pertama Peoplepreneur Business School

Sekiranya anda berminat untuk menghadiri sesi percuma pada hari Khamis ini, lawati http://www.irfankhairi.com/mentor/iknazman/ dan lakukan tempahan hari ini!

Jangan lepaskan peluang berjumpa dengan orang yang telah berjaya dalam bidang mereka ini. Bukan mudah untuk berjumpa dengan mereka. Secara percuma pula tu...

Salam Sayang Dari saya...

Sunday, July 5, 2009

Domain & Hosting


Hi,

Awal-awal umie dah bagi tahu tentang pay pal.

Tapi Umie lupa nak bagi tahu mcm mana nak buka kedai di internet.

Disini Umie terangkan melalui apa yang Umie faham apa itu doamin dan hosting.

Ada kengkawan Umie bertanya mcm mana Umie boleh ada kedai kat internet?

Ada juga yang bertanya perlukah kedai online jika telah ada kedai fizikal?

Apa yang perlu buat jika nak buka kedai di Internet?

Mahal atau tidak hendak membuka kedai di Internet?

Apa yang boleh Umie jawab cuma kos untuk membuka kedai di internet adalah sangat-sangat murah berbanding membuka kedai fizikal.

Ini kerana anda hanya perlu mendaftar domain dan hosting.

Umie menggunakan doamin dan hosting dari sumber yang sama.

iaitu Internet webhosting.

Jika hendak mengetahui harga dan sebagainya sila klik banner dibawah. Jika hendak membaca teruskan...


Apa itu domain?

Domain merupakan alamat kedai anda.
Contohnya http://kedairahimah.com merupakan alamat kedai Umie di internet.

Domain yang ditawarkan oleh Internet Webhosting cuma RM 40.

Apa itu hosting?

Hosting pula merupakan tempat penyimpanan fail-fail laman web anda.

Satu hosting boleh mempunyai banyak domain.

Hosting yang ditawarkan oleh Internet Webhosting cuma RM 80.

Yang mana lebih mahal? Kedai di alam fizikal atau maya.

Anda hanya perlu RM 120. untuk menyewa sebuah kedai.

Mahal atau murah? anda tentukan.

Mula-mula register dahulu Hosting dan domain anda.


Perlukah kedai online jika telah mempunyai kedai fizikal?

Kalau tanya pendapat saya, sudah tentu perlu dan kedai online sangat berguna untuk memperkenal kedai anda ke serata dunia.

Dan ia juga boleh menjadi landasan promosi kedai anda.

Dengan kedai online anda dapat menceritakan segala maklumat perniagaan anda kepada pelanggan.

Kadangkala pelanggan rasa malu hendak masuk atau bertanya anda dikedai fizikal anda.
Di kedai alam maya Pelanggan tak perlu segan untuk masuk ke kedai online anda. Mereka boleh dapat maklumat anda tanpa perlu bersusah payah ke kedai anda.

Dan promosi sebegini lebih murah dan cepat.

Sekian dahulu daripada Umie.

Terima Kasih.