Saturday, May 18, 2019

Kari Ikan Sardin

Hari ni 18/5/2019 kak Imah bercadang memenuhi kehendak along sejak awal puasa. Lama along ngidam...huhuhu lambat kak Imah  nak tunaikan....

Ceteka kak Imah nak masak apa? Hah betul tu kak Imah nak masak roti jala. Lawannya kak Imah nak masak kuah kari ikan sardin cap Ayam. Sebab kak Imah guna sardin kerana dah lama lami sardin ni napi tak bermasak.😹😹😹



Nak kak Imah share resepi...

Lupa kak Imah blogsapa kak Imah jumpa waktu masak roti jala nie...

Tepung gandum 3 cawan
Susu penuh krim/susu dugro baby/susu kambing/air 3 cawan pilihla yg mana satubkorang senang atau ada kat rumah tue...
Garam satu sudu kecil
Telur sebiji
Minyak dalam 3 sudu

Kak Imah masukkan semua dalam blender.😁😅 kak Imah kan rajin,😕😁😀
Apa lagi putar la sehingga sebati... lepas tu cuba la try masukkan dalam dalam tempat menjala bolehbke tak keluat...kalau pekat boleh cairkan la kalau cair masukkan la tepung.

Oklah kak Imah nak share cara masak kari pulak...Karini kak Imah main hentam je... Alhamdulillah jadi🙊🙊🙊

Bahan bahannya...
Kari ikan bancuh secukupnye dapat semangkuk
Bunga lawang,buah pegaga,bunga cengkih dan segala rempah ratus time korang masak kari ikan tu korang masukkan la
Sardin cap ayam tin besar -1
Bawang merah sebiji hiris
Bawang putih 3 biji hiris
Santan dan Susususu freshmilk dah habis kak imah guna dugro 8 sudu siap bancuh

Cara masak
Mula mula kak Imah asing kan ikan dan sambal sardin.
Kemudian panaskan minyak,masukkan bawang.
Naik bau masukkan kari dan rempah ratus, tumis hingga naik minyak.
Kemudian masukkan sambal ikan sardin tadi...oh ye kalau nak nak letak kentang ke carrot ke dah boleh letak. Masak hingga menggelegak.

Last sekali bubuh ikan sardin, dah hampir siap kak Imah letak bancuhan  susu dugro dan garam secukupnye. Tara... siap dah...

Alhamdulillah ini lah rezeki untuk berbuka puasa hari ini.

#ditulispadahariIsnin20-5-2019

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentar anda

SET Saya Anak Merdeka

  Tingkatkan semangat patriotisme❗ SAYA ANAK MERDEKA, padat dengan info sejarah negara & pelbagai aktiviti yang mendidik kanak-kanak men...