Hari ni kak Imah hantar pertandingan pantun dan sajak.
Opis kak Imah buka pertandingan pantun syari dan sajak,
Kak Imah buat secara spontan pantun di bawah ini....
Nama-nama Ramdhan
Bula puasa wajib ada bazar Ramadhan,
Mencari juadah anak tempatan,
Tahukah kalian nama-nama dibulan Ramadhan?
Mari sini kak Imah ceritakan.
Mencari juadah berbuka dan bersahur,
Pergi ke bazar banyak sekali jualan,
Yang pertama Saiyidus Syuhur
Iaitu Penghulu sekalian bulan
Pergi ke bazar terjumpa ayam,
Ada ayam goreng,ayam masak merah dan ayam madu,
Yang kedua Syahrul Syiam,
Bulan Puasa maknanya jangan tak tahu.
Tangan belum penuh teruskan berjalan,
Mencari pula manis-manisan,
Nama ketiga Syahrul Quran,
Juga dipanggil Bulan Quran
Seharian berpuasa terasa lapar,
Ayam sudah,dicari pula sayuran ,
Nama ke-empat Syahrul Sabr,
Itulah dia Bulan Kesabaran.
Nafsu lapar menguasai diri,
Laksa johor,laksa penang,laksa kelantan pun nampak nikmat
Syahrul Rahmah nama diberi,
Itulah dia Bulan Penuh Rahmat.
Air Sirap warna merah,
Buah laici dalam tenggelam,
Nama ke-enam Syahrul Magfirah,
Bulan Keampunan untuk umat islam.
Bakul dah penuh dengan Juadah,
Nafsu lapar sudah dipenuhi ,
Nama ke-tujuh Syahrul Najah,
Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka nama diberi
Sebelum balik jumpa tabung di tepi,
Di buka dompet, derma dihulurkan,
Itulah dia Bulan Murah hati,
Syahrul Jud nama kelapan,
Cukup cukup lah banyak dah makanan,
Mari balik berbuka di rumah,
Nama kesembilan itu lah Bulan Keberkatan ,
Dalam arab namanya Syahrul Barakah.
Maghrib dah dekat hati ceria,
Hidangan juga sudah tersedia,
Semua nama-nama Ramadhan dah kak Imah cerita
Semoga memberi manfaat kepada semua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Harga asal sekotak RM 47 promo LELONG RAYA : 2 KOTAK PERCUMA 1 KOTAK ! YA, ANDA DAPAT 3 KOTAK PADA HARGA 2 KOTAK! Susu Kambing ...
-
Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhanπ₯° Siapa nak dapatkan secara percuma busy book ramadhan untuk anak2 boleh join chanel ni dibawah in...
-
*#BEWARE: ANAK ASAS 2!* ππππππππππππππ Disclaimer: Semua artikel dalam blog kak Imah hanya untuk rujukan kak Imah ye. Semu...
SET Saya Anak Merdeka
Tingkatkan semangat patriotisme❗ SAYA ANAK MERDEKA, padat dengan info sejarah negara & pelbagai aktiviti yang mendidik kanak-kanak men...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komentar anda